KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON
Permohonan APEL.C adalah terbuka untuk semua pelajar yang telah diterima masuk ke KTAC dan telah mematuhi syarat-syarat berikut :
- Pemohon telah mendaftar sebagai pelajar KTAC ;
- Belum pernah membuat permohonan APEL.C untuk pengalaman terdahulu yang dipohon; dan
- Membuat permohonan pindah kredit APEL.C bagi kursus yang belum pernah diambil sahaja.
Pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti proses dan prosedur APEL.C senarai pusat APEL.C, senarai kursus dan maklumat kursus yang menawarkan APEL.C serta borang permohonan daripada Unit APEL.C.
Unit APEL.C ini adalah sebuah unit di bawah Pusat Pengurusan Akademik KTAC yang akan menyelaras pelaksanaan APEL.C di KTAC. Berikut adalah maklumat yang boleh dihubungi sekiranya pelajar ingin berurusan dengan mana-mana pegawai yang berkaitan untuk urusan APEL.C :
| Alamat | : | UNIT APEL, Cybernetics International College of Technology 154-3-12 Kompleks Maluri, Taman Maluri Jalan Jejaka, 55100 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan |
| No. Telefon | : | 03-9287 4881 |
| Faks | : | 03-9281 4854 |
| Emel | : | [email protected] |
| Laman Web | : | www.ktac.edu.my/apel |