Me
CYBERNETICS

KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS

Utama Program Pemohon Yuran Proses Borang Buku Panduan Pelajar F.A.Q PEGAWAI
| Utama | Program | Pemohon | Yuran | Proses | Buku Panduan Pelajar | Borang | F.A.Q | PEGAWAI |

PENGENALAN

APEL.C merupakan suatu mekanisme untuk mengiktiraf pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu pelajar yang telah dikenal pasti sebagai relevan dan telah mencapai hasil pembelajaran kursus (HPK) / Course Learning Outcome (CLO) bagi sesuatu kursus.

Dalam erti kata lain, APEL.C membolehkan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dan/atau pembelajaran bukan formal dan/atau pembelajaran tidak formal, diberikan kredit dan dipindahkan untuk menggantikan kursus-kursus yang telah disetarakan.

Untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu, pelajar akan disemak dan dinilai oleh Ketua Program dan Pakar Bidang Kursus (Subject Matter Expert - SME) yang dilantik.

OBJEKTIF

  1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
  2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
  3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
  4. Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.